Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Diteruskan Di Belaga

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Diteruskan Di Belaga
0 Comments

JUMAAT, 17 SEPTEMBER 2021

BELAGA : Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Semarak Kemerdekaan anjuran UKAS Belaga dengan Kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Belaga telah dianjurkan di Belaga.

Program tersebut bertujuan bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Malaysia pada Khamis.

Antara kampung yang terlibat dalam program tersebut ialah Kampung Melayu Belaga, Kampung Hijrah Jaya, Belaga, Uma Long Amo, Kampung Datah Layang, dan Kampung Sungai Tanyit.

Majoriti penerima bantuan bakul makanan tersebut merupakan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Pesara ‘Home Guards/Boys Scout’ dan ahli-ahli keluarga bekas anggota PDRM yang sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak turut diagihkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Kampung Melayu Belaga, Kampung Hijrah Jaya, Kampung Datah Layang, Uma Long Amo dan kepada Uma Bato Bagi, Long Kebuho, Belaga.

Sementara itu, penerima menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dan mengambil berat akan kebajikan mereka. – EDISI UKAS