ADUN Kabong Sertai Randau Kenalpasti Cadangan Tambahbaik Klinik Kesihatan Nyabor

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Kabong Sertai Randau Kenalpasti Cadangan Tambahbaik Klinik Kesihatan Nyabor
0 Comments

SELASA, 21 SEPTEMBER 2021

NYABOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir pada Selasa sempat meluangkan masa menghadiri Program Randau Mesra bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nyabor.

Randau julung kali dianjurkan oleh panel penasihat di Klinik Kesihatan Nyabor itu bertujuan mengenal pasti cadangan penambahbaikan di sekitar kawasan klinik tersebut.

Dalam program tersebut, Mohd Chee telah meluluskan geran tahunan sebanyak RM5000 kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nyabor.

Selain Itu, beliau turut meluluskan pembinaan parkir kereta di laluan masuk klinik berkenaan selain turut menyumbangkan sebuah kanopi dan 50 kerusi plastik untuk kegunaan harian. – EDISI UKAS