354 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Terima Dos Pertama Vaksin Di Matu

UKAS  > Edisi-Tengah >  354 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Terima Dos Pertama Vaksin Di Matu
0 Comments

AHAD, 26 SEPTEMBER 2021

MATU: Seramai 354 orang remaja berusia 12 sehingga 15 tahun telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Matu pada Sabtu.

Antara pelajar sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sok, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, SK Bruan Mapal, SK Kuala Matu, pelajar sekolah luar kawasan serta remaja yang tidak bersekolah.

Difahamkan, mereka teruja dan bersemangat untuk mendapatkan vaksin dan rata-rata yang hadir ditemani Ibu bapa masing-masing.

Selain itu, para pelajar juga memberitahu keyakinan mereka bertambah untuk melakukan aktiviti luar malahan tidak sabar untuk mendapatkan vaksin dos kedua nanti serta meluahkan rasa tidak sabar untuk ke sekolah.

Dalam pada itu, ibu bapa turut gembira setelah anak-anak mereka mendapat vaksin dan berharap mereka akan bersekolah seperti biasa nanti.

Sementara itu, program vaksinasi tersebut berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – EDISI UKAS