360 Pelajar SMK Bandar Samariang Lengkap Vaksinasi

UKAS  > Edisi-Selatan >  360 Pelajar SMK Bandar Samariang Lengkap Vaksinasi
0 Comments

JUMAAT, 1 OKTOBER 2021

KUCHING: Seramai 360 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Samariang melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di sekolah berkenaan pada Khamis.

Kesemua mereka terbabit merupakan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima sekolah tersebut yang telah menerima vaksin dos pertama pada 9 September lepas.

Program vaksinasi tersebut berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman turut turun padang bagi meninjau proses vaksinasi berkenaan.

Jelasnya, setakat ini tiada sebarang masalah dan aduan diterima melibatkan pelajar yang enggan menerima vaksin. -EDISI UKAS