Kerajaan Sarawak Cadang Bina Jalan Dan Jambatan Atasi Masalah Perhubungan Penduduk Di Kawasan Ulu Medamit

UKAS  > Edisi-Utara >  Kerajaan Sarawak Cadang Bina Jalan Dan Jambatan Atasi Masalah Perhubungan Penduduk Di Kawasan Ulu Medamit
0 Comments

AHAD, 3 OKTOBER 2021

LIMBANG: Kerosakan jambatan Sungai Enseriban telah menyebabkan jalan perhubungan di beberapa lokaliti terputus di kawasan Ulu Medamit terputus. 

Antara kawasan yang terkesan ialah Kampung Semena, Rantau Kiran, Kampung Bukit Batu dan sekitar kawasan Kuala Mendalam.

Perkara ini telah diajukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang bagi mendapatkan reaksi selepas tular di media sosial. 

“Syarikat pembalakan yang terlibat telah dimaklumkan mengenai kerosakan yang telah bermula hampir dua minggu lalu akibat hujan lebat dan limpahan air dari sungai yang deras.

“Saya juga difahamkan pihak syarikat akan memulakan kerja-kerja baik pulih sebaik sahaja keadaan air kembali surut dan mengizinkan,” katanya semasa dihubungi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Jumaat. 

Tambahnya lagi, syarikat diminta mempercepatkan kerja-kerja pembaikan bagi menyelesaikan permasalahan penduduk yang bergantung kepada keperluan jambatan itu. 

Dalam pada itu, Paulus turut memaklumkan dalam Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) mempunyai perancangan jangka panjang dengan membina jalan termasuk jambatan di Sungai Enseriban dan Sungai Semena.

“Untuk jangka panjang Kerajaan Sarawak melalui NRDA telah mempunyai perancangan projek untuk membina jalan dari Nanga Medamit ke kawasan Kampung Pulau Brunei termasuklah pembinaan jambatan di Sungai Enseriban dan Sungai Semena,” ujarnya.-EDISI UKAS