PKPD: ADUN Balai Ringin Sumbang Bantuan Makanan Kepada Rumah Merinding, Kampung Rapak

UKAS  > Edisi-Tengah >  PKPD: ADUN Balai Ringin Sumbang Bantuan Makanan Kepada Rumah Merinding, Kampung Rapak
0 Comments

ISNIN, 4 OKTOBER 2021

PANTU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan memberikan sumbangan 19 bakul makanan kepada penduduk di Rumah Merinding, Kampung Rapak pada Ahad.

Penerima sumbangan melibatkan penduduk yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) sejak 24 September hingga 2 Oktober lepas.

Bantuan telah disampaikan oleh wakil dari Pusat Khidmat Balai Ringin kepada penduduk yang berkenaan. –EDISI UKAS