KM Fokus Naik Taraf Infrastruktur Bina Persekitaran Pembelajaran Kondusif Kanak-Kanak Prasekolah

UKAS  > Edisi-Selatan >  KM Fokus Naik Taraf Infrastruktur Bina Persekitaran Pembelajaran Kondusif Kanak-Kanak Prasekolah
0 Comments

RABU, 06 OKTOBER 2021

KUCHING : Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hadir menyempurnakan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak di Hotel Waterfront Kuching, pada Rabu.

Berucap di majlis berkenaan, Datuk Patinggi Abang Zohari sempat berkongsi beberapa perkara mengenai kanak-kanak, pengurusan keluarga dan demografi yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

“Tiap-tiap ibu bapa sudah tentu berhasrat untuk mendapat anak yang mempunyai pendidikan yang betul. Mereka hendaklah dideahkan dengan alam persekolahan yang baik dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan ini berkehendakkan guru yang terlatih.

“Kalau kita hendak menuju ke arah masyarakat yang maju, maka pendedahan alam persekolahan hendaklah diurus dengan baik kepada anak-anak di mana sahaja mereka berada” ujarnya ketika berucap di majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak di sini, pada Rabu.

Tambah beliau lagi, semenjak beliau mengambil alih pucuk kepimpinan negeri Sarawak, fokus tertumpu kepada menaik taraf infrastruktur terutama sekali bagi kawasan luar bandar seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya serta membina infrastruktur persekolahan bagi anak-anak.-

Dalam majlis sama, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari turut  menyampaikan sumbangan geran peruntukan khas kepada tiga jabatan bagi menjayakan pelan tindakan bersepadu Menangani Isu Dadah Dan Substance (MIDS) melalui tadbir urus One Stop Committee (OSC) MIDS Negeri Sarawak di bawah Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).-EDISI UKAS