100 Jemaah Hadiri Majlis Kesyukuran Hari Lahir TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Bahagian Miri

UKAS  > Edisi-Utara >  100 Jemaah Hadiri Majlis Kesyukuran Hari Lahir TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Bahagian Miri
0 Comments

SABTU, 9 OKTOBER 2021

MIRI: Bersempena sambutan Hari Lahir TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-85, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri telah mengadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Luak pada Jumaat. 

Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 100 jemaah dimulakan dengan solat jemaah Maghrib dan diikuti bacaan surah Yassin yang dipimpin Imam Bahagian Miri Ustaz Syarafuddin Suaut.

Selepas itu, satu ceramah khas bertajuk ‘TYT Payung Perpaduan’ yang disampaikan Ustaz Roshaidin Othman.

Selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin Imam Bahagian Miri. 

Hadir sama wakil Residen Bahagian Miri Arshad Shamsu.-EDISI UKAS