Tan Sri Dato Sri Abang Ahmad Urai Dahului Senarai Penerima Darjah kebesaran Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Ke-85

UKAS  > Edisi-Utama >  Tan Sri Dato Sri Abang Ahmad Urai Dahului Senarai Penerima Darjah kebesaran Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Ke-85
0 Comments

SABTU, 9 OKTOBER 2021

KUCHING: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dato Sri Abang Ahmad Urai Datu Hakim Abang Mohideen mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri sempena Sambutan Hari Lahir ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.

Tan Sri Dato Sri Abang Ahmad Urai  menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima pingat sama secara posthumous ialah bekas anggota kabinet pertama Sarawak, Allahyarham Dato Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengerusi KKB Engineering Berhad Datuk Kho Kak Beng menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS, Abdullah Saidol dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shin Yang, James Ling Lu Kiong pula menerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk.

Manakala seramai 13 orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran Datu iaitu Kameri Affandi, Edwin Abit, Dr Rashidah Bolhassan, Sherrina Hussaini, Indit Bangai, Jack Aman Laut, Abdullah Julaihi, Lau Hieng Ung, A. P Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Dr Azhar Ahmad, Khirudin Drahman@Hussaini, Muhammad Yakub Kari dan Hashim Bojet.

Seramai 17 orang lagi menerima Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato iaitu Senator Dr Zaiedi Suhaili, Senator Dr Nuing Jeluing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata, Datin Dr Zaliha Christine Abdullah, Dr Chin Zin Hing, Haidar Khan Asghar Khan, Prof Dr Spencer Empading Sanggin, Ir Christopher Adrian, Chai Voon Tok, Dona Babel, Polit Hamzah, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg, Temenggong Wilfred Billy Panyau dan Temenggong Austin Dimin Niyon.

Dalam pada itu, seramai empat orang menerima Johan Perkhidmatan Cemerlang iaitu Pengarah UKAS, Samat Junai, Abd Rahman Sebli Logo@,Nicholas Sia Yit Shing dan Hang Tuah Merawin.

Penerima anugerah lain termasuk Johan Bintang Sarawak (JBS) seramai 7 orang, Johan Bintang Kenyalang (JBK) seramai 16 orang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (PPC) seramai 18 orang, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) seramai 44 orang, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) seramai 101 orang, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) seramai 177 orang, Ahli Bintang Sarawak (ABS) seramai 253 orang, Ahli Bintang Kenyalang (ABK) seramai 155 orang, Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (PPT) seramai 260 orang dan Bentara Bintang Sarawak (BBS) seramai 251 orang.-EDISI UKAS