30 Kg Sampah Berjaya Dikutip Dalam Health Therebalance and Environment Trust Plogging Di Pantai Lutong

UKAS  > Edisi-Utara >  30 Kg Sampah Berjaya Dikutip Dalam Health Therebalance and Environment Trust Plogging Di Pantai Lutong
0 Comments

ISNIN, 11 OKTOBER 2021

MIRI: Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang memuji Laksa Runner Miri yang menjalankan aktiviti kebersihan di Pantai Lutong dalam Health Therebalance and Environment Trust Plogging pada Sabtu. 

Menurutnya, aktiviti itu bukan sahaja menyihatkan badan, tetapi juga dapat membersihkan alam sekitar khususnya di kawasan pelancongan dan rekreasi. 

Laksa Runner Miri telah berlari sambil mengutip sampah yang ada di Pantai Lutong.  

Pada Program Health Therebalance and Environment Trust Plogging itu, mereka telah berjaya mengutip 30 kilogram sampah dalam masa satu jam lebih. -EDISI UKAS