ADUN Batu Danau Serah Derma Kilat Kepada Mangsa Kebakaran

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Batu Danau Serah Derma Kilat Kepada Mangsa Kebakaran
0 Comments

ISNIN, 11 OKTOBER 2021

LIMBANG: Insiden kebakaran yang menyebabkan ruangan dapur milik keluarga Repol Silan yang terbakar pada 3 Oktober lepas telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Pada Sabtu, beliau telah melawat dan menyerahkan derma kilat kepada Repol bagi membantu meringankan beban kerugian serta kemusnahan harta benda yang dialaminya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kejadian tersebut, Repol memberitahu kejadian berlaku pada Ahad, 3 Oktober lepas dan memusnahkan sebahagian daripada peralatan dapur. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ADUN Batu Danau di atas bantuan tersebut dan ini secara tidak langsung meringankan bebannya dalam menggantikan peralatan yang telah musnah. -EDISI UKAS