ADUN Pantai Damai Lawat Projek Kerja Naik Taraf Sistem Perparitan Di Kampung Pulo Hilir

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Pantai Damai Lawat Projek Kerja Naik Taraf Sistem Perparitan Di Kampung Pulo Hilir
0 Comments

KHAMIS, 14 OKTOBER 2021

KUCHING: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turun padang bagi meninjau projek menaik taraf sistem perparitan di Kampung Pulo Hilir pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memaklumkan, projek tersebut mula dilaksanakan pada 27 Julai lepas menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Tambah beliau, projek berkenaan dijangka siap penghujung tahun ini dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak sebagai agensi pelaksana.

Jelasnya lagi, projek itu akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 1,239 orang penduduk kampung berkenaan terutamanya pada musim air pasang. –EDISI UKAS