ADUN Jemoreng Hadiri Program Randau Solidariti Komunitidi Matu

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Jemoreng Hadiri Program Randau Solidariti Komunitidi Matu
0 Comments

AHAD, 17 OKTOBER 2021

IGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah menghadiri Program Randau Solidariti Komuniti Daerah Matu di Dewan Masyarakat Igan, Matu pada Sabtu. 

Program tersebut anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi National serta Pejabat Daerah Matu. 

Antara yang turut hadir adalah ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan JKKK Rumah Panjang di sekitar Batang Igan. 

Dalam pada itu, pengisian program adalah ceramah dari Wakil Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Atiqah Dolhan, Pegawai Jabatan Perpaduan Bahagian Mukah, Law Siew Yen, Pegawai AADK Bahagian Mukah, Sudirman Bahiri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Matu Daro, Inspektor Anuar Affindi dan Pegawai Perubatan Klijik Kesihatan Igan, Dr Khairul Azhar Kiprawi. 

Sementara itu, ADUN Jemoreng menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur kerana telah menganjurkan program seperti ini dan berharap program ini akan diteruskan ke kawasan lain pada masa akan datang. – EDISI UKAS