Lawatan Kerja ADUN Batang Ai Di Lubok Antu

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lawatan Kerja ADUN Batang Ai Di Lubok Antu
0 Comments

AHAD, 24 OKTOBER 2021

LUBOK ANTU: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh telah mengadakan lawatan kerja projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) di Lubok Antu pada Khamis.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Dr Malcom telah menyerahkan geran projek RTP sebanyak RM5,000 kepada Ahli Jawatankuasa Gerempung Indu Batu Bebini.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai memberitahu. kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg mempunyai ekonomi yang kukuh dan stabil jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak di atas kelulusan peruntukan RTP di kawasan luar bandar.-EDISI UKAS