ISNIN, 25 OKTOBER 2021
DEBAK: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar baru-baru ini telah menyampaikan geran sumbangan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan DUN Saribas dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM100,000.
Bantuan bekalan makanan tersebut bertujuan membantu penduduk yang terjejas akibat penularan COVID-19 di kawasan DUN Saribas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Amar Mohamad Asfia kerana sentiasa prihatin terhadap keperluan penduduk di kawasannya.
Tambahnya, penduduk di Saribas juga amat berbesar hati dan bersyukur menerima sumbangan dari Speaker DUN Sarawak itu.- EDISI UKAS