KM Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AADK Malaysia

UKAS  > Edisi-Utama >  KM Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AADK Malaysia
0 Comments

JUMAAT, 29 OKTOBER 2021

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Sutekno Ahmad Belon di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Jumaat.

Sementara itu, Sutekno ketika ditemui media memberitahu, kunjungan hormat tersebut antara lain adalah bagi memperkenalkan dirinya yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK Malaysia yang baharu bermula Januari tahun ini.

Katanya lagi, beliau turut berkongsi perkembangan terkini usaha AADK bersama dengan Kerajaan Sarawak dalam isu menangani penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah di negeri ini.

“Antara yang dilaporkan ialah kerjasama yang diadakan AADK dengan jentera yang telah diwujudkan Kerajaan Sarawak iaitu One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS).

“AADK juga telah memberikan komitmen kepada Ketua Menteri berhubung dengan bentuk kerjasama serta aktiviti dan program yang akan dilaksaankan secara bersama dalam jangka masa panjang,” katanya.

Tambah Sutekno lagi, kunjungan itu juga bertujuan bagi menyampaikan ucapan terima kasih di atas bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Sarawak melalui OSC MIDS.

Hadir sama, Pengarah AADK Sarawak Iskandar Turkee dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Yuliani Yahya.-EDISI UKAS