122 Keluarga Ibu Tunggal Kelab Sosial Dan Kebajikan Harmoni Miri Terima Bantuan Bakul Makanan

UKAS  > Edisi-Utara >  122 Keluarga Ibu Tunggal Kelab Sosial Dan Kebajikan Harmoni Miri Terima Bantuan Bakul Makanan
0 Comments

ISNIN, 1 NOVEMBER 2021

MIRI: Seramai 20 orang ibu tunggal dari Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri menerima bantuan bakul makanan. 

Mereka ini merupakan sebahagian daripada 122 ibu tunggal Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri yang menerima bakul makanan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Daerah Miri beberapa hari lepas. 

Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga merupakan Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Daerah Miri Dato’ Sri Lee Kim Shin telah menyempurnakan majlis itu.

Beliau melahirkan rasa bangga di atas inisiatif PBSMM Daerah Miri dalam membantu keluarga ibu tunggal khususnya pada waktu kesusahan ketika pandemik COVID-19 ini.

“Sumbangan bakul makanan ini yang merangkumi beras dan minyak masak dan beberapa jenis makanan dan keperluan lain tersebut sangat bererti bagi keluarga ibu tunggal dalam meringankan beban hidup mereka saban hari,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Ibu Tunggal Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri pada Ahad. 

Turut serta dalam majlis itu ialah Pengurus Pentadbiran PBSMM Cawangan Miri Lui Yee Lan, Naib Pengerusi 1 PBSMM Daerah Miri Liza Chai dan Pengerusi Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri Connie Tang.-EDISI UKAS