ADUN Asajaya Sempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Asajaya Sempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan
0 Comments

KHAMIS, 4 NOVEMBER 2021

SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan input peralatan perikanan nelayan (BIPPN) di perkarangan Pejabat Pertanian Bahagian Samarahan pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya memaklumkan, bantuan tersebut melibatkan 186 nelayan laut dan 54 nelayan darat dengan peruntukan sebanyak RM479,280 dan maksimum RM2,000 bagi setiap nelayan di DUN Asajaya.

Jelasnya, bantuan peralatan ini adalah untuk memudahkan para nelayan dan meningkatkan hasil tangkapan sekaligus menambah pendapatan nelayan.

Tambah beliau, selain daripada bantuan peralatan, ahli nelayan yang layak akan mendapat bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM300 bagi nelayan laut manakala RM250 bagi nelayan darat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Semera, Akup Tanjok mewakili para nelayan merakamkan penghargaan atas bantuan peralatan berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu. –EDISI UKAS