Dr. Annuar Tinjau Program Vaksinasi Dos Penggalak Bas Bergerak Di Dewan MUC Sibu

UKAS  > Edisi-Tengah >  Dr. Annuar Tinjau Program Vaksinasi Dos Penggalak Bas Bergerak Di Dewan MUC Sibu
0 Comments

RABU, 17 NOVEMBER 2021

SIBU: Menteri Muda Pendidikan,Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapaee telah mengadakan lawatan kerja bagi Program Vaksinasi Dos Penggalak Bas Bergerak di Dewan Kelab Melayu (MUC), Sibu pada Rabu.

Pasukan bergerak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di Dewan MUC untuk memberikan dos penggalak kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, Dr. Annuar juga telah mencadangkan pemberian dos penggalak diadakan pada sebelah malam hujung minggu ini di Taman Selera MUC dan Taman Harmoni.

Selain itu, beliau menjemput orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak di tempat yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS