5 JKKK Rumah Panjang Di DUN Kakus Terima Geran MRP

UKAS  > Edisi-Utara >  5 JKKK Rumah Panjang Di DUN Kakus Terima Geran MRP
0 Comments

JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021

TATAU: Lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tatau menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada Rabu. 

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah menyampaikan geran MRP dengan jumlah keseluruhan RM82,000. 

Antara JKKK rumah panjang yang menerima geran MRP ialah JKKK Rh Sengalang, Rh Welson Blue Teluk Pedalai, Rh Micheal Junus Tekalit, Rh Ulen Segaya Tekalit dan Rh Mat Sampei Separai. 

Penyampaian geran MRP diadakan secara ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.-EDISI UKAS