DBKU Anjur Program Pulau Salak Berselawat

UKAS  > Edisi-Selatan >  DBKU Anjur Program Pulau Salak Berselawat
0 Comments

ISNIN, 22 NOVEMBER 2021

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mengadakan Program Pulau Salak Berselawat Siri 6 pada Sabtu.

Menurut DBKU, penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”, penganjuran program ini berupaya menyatukan semangat keterangkuman dan kebersamaan dalam pembentukan masyarakat yang bersatu-padu.

Pelbagai aktiviti telah disusun atur jawatankuasa pengelola antaranya Pertandingan Bot dan Perahu Berhias, Pertandingan Kontinjen Terbaik dan Pertandingan Sepanduk terbaik yang turut disertai Kejiranan Mesra (KJM), Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Keselamatan Zon Santubong (JAKSA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan PDDK Kampung Salak.

Acara kemuncak Program Pasir Berselawat Siri 6 itu ialah persembahan Zikir Marhaban yang disampaikan Kumpulan Zikir Suara Warisan Kampung Salak.

Dalam pada itu, penganjuran program ini diharapkan akan membawa lebih peluang kepada penduduk setempat dalam menyemarakkan lagi potensi ekonomi mereka di samping mengetengahkan nama Pulau Salak sebagai salah satu tarikan di Bandaraya Kuching dalam sektor eko-pelancongan.-EDISI UKAS