Datuk Amar Douglas Tinjau Persiapan Akhir Program Lawatan KM Sarawak

UKAS  > Edisi-Tengah >  Datuk Amar Douglas Tinjau Persiapan Akhir Program Lawatan KM Sarawak
0 Comments

ISNIN, 29 NOVEMBER 2021

BETONG: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengadakan lawatan ke Spaoh pada Isnin bagi meninjau persiapan akhir program lawatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ke Daerah Kecil Spaoh dijadualkan pada 30 November 2021.

Kehadiran Ketua Menteri ke Spaoh bagi aturcara rasmi di Dewan Masyarakat Spaoh dan seterusnya menyempurnakan Upacara Pecah Tanah Lapangan Terbang Bebuling, Spaoh.

Ianya dimulakan dengan taklimat ringkas bersama ahli jawatankuasa kerja bertempat di Pejabat Daerah Kecil Spaoh yang menyentuh status terkini persiapan dan juga sekiranya ada perkara berbangkit.

Seterusnya, Datuk Amar Douglas hadir ke Dewan Masyarakat Spaoh bagi meninjau persiapan akhir di mana di lokasi tersebut akan dilangsungkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bersama Ketua Menteri.

Selesai di situ, Datuk Amar Douglas bersama-sama dengan ahli JK Kerja telah sama-sama meninjau persiapan di tapak projek Lapangan Terbang Bebuling, Spaoh.

Turut hadir di dalam perjumpaan dan tinjauan hari ini adalah penyandang DUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *