GPS Perkenal 24 Calon Muka Baharu Hadapi PRN12 Sarawak 

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  GPS Perkenal 24 Calon Muka Baharu Hadapi PRN12 Sarawak 
0 Comments

JUMAAT, 3 DISEMBER 2021

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkenalkan 24 calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12). 

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kesemua muka baharu itu terdiri daripada mereka yang berumur antara 30 hingga 40 tahun. 

“Kita juga memperkenalkan beberapa muka baru di antara 30 hingga 40 tahun kerana kita percaya bahawa mereka ini akan sama-sama dilatih dan didedahkan dengan politik ala Sarawak.

“Ini kerana politik Sarawak memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya keturunan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan watikah pelantikan calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Jumaat. 

GPS akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN-12 Sarawak pada kali ini. 

Tambah Datuk Patingi Tan Sri Abang Zohari lagi, pengenalan calon baharu dan muda ini adalah berlandaskan kepada Ekonomi Digital dan Kelestarian Alam Sekitar yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak ketika ini. 

“Landskap politik hanya orang Sarawak sahaja yang tahu. 

“Untuk itu, GPS meletakkan tema kita Sarawak Diutamakan dan juga wawasan ekonomi kita yang berlandaskan landskap ekonomi baharu iaitu Ekonomi Digital dan memberi penekanan kepada kelestarian dan juga alam sekitar,” tambahnya lagi. 

Jelas beliau lagi, calon-calon muda yang ditampilkan GPS pastinya mempunyai cara tersendiri dalam memastikan Sarawak terus maju di masa hadapan. 

“Pendedahaan orang muda sudah tentu mereka mempunyai cara mereka sendiri.

“Atas sebab itu kalau kita lihat senarai muka-muka baharu adanya berumur 30 tahun dan untuk wanitanya ada yang berumur 32 dan 33 tahun. 

“Inilah GPS. When we talk, we do it. Kita letakkan orang muda yang mempunyai latar belakang yang berlainan yang dijangka mampu menyambung perjuangan Sarawak,” jelasnya. 

Hadir sama ketua-ketua kompenan parti GPS dan calon-calon GPS.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *