Ahli PBB DUN Tellian Nafi Dakwaan Keluar Parti, Buat Laporan Polis

UKAS  > Edisi-Tengah >  Ahli PBB DUN Tellian Nafi Dakwaan Keluar Parti, Buat Laporan Polis
0 Comments

KHAMIS, 9 DISEMBER 2021

MUKAH: Empat laporan polis telah dibuat oleh ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Tellian pada jam 11.30 pagi di Balai Polis Mukah pada Khamis.

Ini susulan tular di Facebook Putera Teliyan yang mendakwa ahli PBB DUN Tellian keluar parti dengan menyertakan dokumen palsu yang ditandatangani beberapa ahli parti PBB dalam surat ‘Pengisyitiharan Keluar Parti’ bertarikh 27 November 2021.

Dalam surat tersebut menyatakan Ranting PBB Tellian Ulu keluar parti serta merta dan seramai 25 penama beserta no kad pengenalan serta tandatangan mereka di lampiran surat telah disebarkan di Facebook Putera Teliyan.

Hadir sama lebih 15 orang ahli PBB-GPS yang menjadi mangsa fitnah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias mengesahkan pihaknya ada menerima empat laporan berkenaan berhubung perkara tersebut.

Beliau juga memaklumkan bahawa kes akan disisasat dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan dengan tujuan menipu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen yang palsu sebagai dokumen.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *