Punca Kerap Banjir Di Kota Samarahan Diambil Maklum

UKAS  > Edisi-Selatan >  Punca Kerap Banjir Di Kota Samarahan Diambil Maklum
0 Comments

AHAD, 12 DISEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN : Peruntukan bagi Projek Naik Taraf Sistem Saliran di jalan Kuching-Samarahan Expressway berjumlah lebih kurang RM11.6 juta daripada kerajaan persekutuan dipercayai dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusuf pada Sabtu, turun padang meninjau ke beberapa kawasan yang kerap ditenggelami air bagi mendapatkan punca permasalahan yang berlaku.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Tinjaun turut disertai Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Antara kawasan yang ditinjau adalah Taman Uni Garden, Taman Samarindah dan SK Jalan Muara Tuang.

Menurut Dato’ Sri Fadillah, punca utama adalah disebabkan pembentung di seberang lebuh raya yang bersaiz kecil, mengakibatkan ia tidak dapat menampung pengairan di kawasan tersebut. 

“Banjir ini bukan disebabkan masalah air sungai besar ataupun hujan lebat.. tetapi disebabkan aliran air nak keluar…disebabkan pembangunan begitu pesat di kawasan Samarahan ini..maka perparitan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang turun..sebab itu kita kena lihat keseluruhan,” katanya dalam satu perjumpaan bersama wakil-wakil penduduk, bertempat di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran (DID Bahagian Kuching/Samarahan, sejurus selepas tinjauan selesai. 

Menerusi perjumpaan itu, pihak DID telah menyampaikan taklimat dan memberi informasi yang cukup jelas disamping memaklumkan perancangan yang akan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang sentiasa menjadi keluhan penduduk setiap kali hujan turun. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *