Mantan ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Melalui Pasukan Pusat Khidmat DUN Repok

UKAS  > Edisi-Tengah >  Mantan ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Melalui Pasukan Pusat Khidmat DUN Repok
0 Comments

SELASA, 14 DISEMBER 2021

SARIKEI : Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebuah katil pesakit melalui pasukan Pusat Khidmat DUN Repok pada Selasa.

Sumbangan tersebut bertujuan bagi menyediakan suasana lebih selesa kepada pesakit dan lebih mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

Pasukan Pusat Khidmat DUN Repok telah menghantar katil pesakit dengan segera setelah menerima permohonan dan mengajar cara penggunaannya supaya mengurangkan beban keluarganya penerima.

Sementara itu, ahli keluarga penerima amat bersyukur di atas keprihatinan Dato’ Sri Huang sebagai wakil Repok, di atas sumbangan yang telah diberikan dan memberi bantuan yang paling praktikal kepada pesakit, Liong Qin Zhong yang berusia 18 tahun.

Ia juga membuktikan keprihatinan Dato Sri Huang  yang komited terhadap usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *