Proses Pengundian Di DUN Layar Berjalan Lancar, Patuh SOP Ditetapkan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Proses Pengundian Di DUN Layar Berjalan Lancar, Patuh SOP Ditetapkan
0 Comments

SABTU, 18 DISEMBER 2021

LAYAR: Para pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau, Betong pada jam 7.30 pagi.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Gerald Rentap Jabu pula tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau, Betong pada jam 7 pagi untuk mengundi dan menjadi orang pertama mengundi di Saluran 2.

DUN N.36 Layar mempunyai seramai 9334 pengundi berdaftar dengan 4611 atau 49.4 peratus pengundi adalah lelaki, manakala baki 4723 atau 50.6 peratus adalah pengundi wanita.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka.

Mereka juga didapati menjaga penjarakan fizikal, selain kelihatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan saringan suhu badan dan menyediakan pensanitasi tangan.

Di beberapa tempat, turut kelihatan petugas SPR bagi membawa warga emas yang berkerusi roda dari awal hingga selesai pengundian dalam keadaan cuaca yang baik dan cerah.

Sebanyak 37 saluran di 31 pusat mengundi dibuka bagi kerusi DUN N.36 Layar bagi membolehkan rakyat Sarawak memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *