Insiden Tanah Runtuh Di Hadapan Rumah Panjang Baleh Dalam Siasatan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Insiden Tanah Runtuh Di Hadapan Rumah Panjang Baleh Dalam Siasatan
0 Comments

KHAMIS, 23 DISEMBER 2021

BALEH: Insiden tanah runtuh telah berlaku di hadapan Rumah Panjang Jantai, Nanga Entelangau pada Rabu dan turut meruntuhkan jambatan besi yang menjadi penghubung ke rumah panjang tersebut.

Susulan itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bahagian Kapit telah memasang sawar-sawar dan kanvas pada kawasan runtuhan tersebut sebagai tanda amaran kepada penduduk rumah panjang serta mengelakkan kawasan runtuhan tersebut terdedah kepada hujan buat sementara waktu.

Dalam pada itu, pegawai daripada Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak (DID) juga telah melakukan pemeriksaan lanjut keadaan struktur tanah dan kajian punca runtuhan untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga telah mendapatkan maklumat mengenai penghuni bagi tujuan rekod serta bantuan awal sekiranya memerlukan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *