Program LDP Sebagai Persediaan Menghadapi Bencana Banjir

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program LDP Sebagai Persediaan Menghadapi Bencana Banjir
0 Comments

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

SIBU : Seramai 92 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan telah menyertai program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Bencana Banjir Daerah Sibu anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu pada Khamis. 

Program tersebut bertujuan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir supaya gerak kerja lebih terancang dan teratur semasa situasi sebenar.

Antara agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Residen Sibu, Lembaga Sungai-Sungai sarawak (LSS), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Marin.

Justeru, dengan kolaborasi yang berterusan di antara agensi dapat dikekalkan untuk membina momentum kerjasama tidak kira dalam apa jua operasi terutama dalam Pengurusan Bencana Daerah Sibu.

LDP seperti ini juga diharap dapat memberikan pengetahuan dan keyakinan diri kepada pegawai dan anggota apabila diperlukan pada bila-bila masa terutama semasa berlaku banjir.- EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *