Pusat Khidmat DUN Dalat & 38 Yayasan Pencinta Amal Kongsi Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pusat Khidmat DUN Dalat & 38 Yayasan Pencinta Amal Kongsi Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina
0 Comments

AHAD, 23 JANUARI 2022

DALAT: Dalam berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, 38 Yayasan Pencinta Amal di Dalat bersama Pusat Khidmat DUN Dalat tampil menyantuni golongan memerlukan.

Program amal berkenaan menyaksikan sebanyak 1000 bungkusan makanan kering diagihkan kepada golongan miskin yang akan menyambut perayaan itu di kawasan Dalat. 

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Dewan Serbaguna Chin Hua Dalat pada Sabtu.

Pihak yayasan berkenan juga menyampaikan sumbangan RM12,000 untuk pemasangan aluminium louvers untuk gerai penjaja kuih kering pasar Dalat.

Sementara itu, Dato Sri Fatimah turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada 38 Yayasan Pencinta Amal berjumlah RM56,508 bagi tujuan menaiktaraf jubin lantai Gerai Mee Udang.

Turut diserahkan cek MRP juga dari 38 Yayasan Pencinta Amal berjumlah RM33,280 bagi tujuan menaiktaraf kemudahan Pasar Warisan Oya bertempat di Oya Square. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *