Tipu Penghantaran Wang Ke China, Polis Daerah Bintulu Wujudkan Satu Pasukan Khas

UKAS  > Edisi-Utara >  Tipu Penghantaran Wang Ke China, Polis Daerah Bintulu Wujudkan Satu Pasukan Khas
0 Comments

AHAD, 23 JANUARI 2022

BINTULU: Satu laporan polis telah dibuat seorang warganegara China yang mewakili 27 mangsa warganegara China selepas menyedari telah ditipu lelaki tempatan dalam kes penghantaran wang ke negara China.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili dalam kenyataan media pada Sabtu berkata, kes disiasat di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehingga  kini 12 laporan yang telah dibuat oleh mangsa warganegara China yang terlibat.

“Kejadian bermula 11 Julai 2021 apabila mangsa bersama 27 orang rakan sekerja yang juga warganegara China telah meminta bantuan seorang rakan sekerja mereka yang juga warganegara China untuk menghantar wang gaji mereka ke akaun keluarga mereka di China. 

“Semakan telah dibuat oleh mangsa-mangsa dan mendapati wang tersebut tidak sampai kepada keluarga mereka di China sehingga sekarang,” katanya.

Menurut mangsa-mangsa, rakan mangsa telah mengamanahkan kesemua wang tersebut yang berjumlah RM741,214 kepada seorang lelaki tempatan untuk menghantar wang tersebut ke akaun keluarga mereka di China.

Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. 

Sehubungan itu, Polis Daerah Bintulu telah mewujudkan satu Pasukan Khas bagi menjalankan siasatan secara profesional untuk menyelesaikan kes ini dan menggesa mangsa yang belum membuat polis segera tampil dalam membantu pihak polis melakukan siasatan lanjut. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *