Ahli PERANTAU Perlu Terus Kekalkan Perpaduan Sedia Ada – Datuk Talib

UKAS  > Edisi-Utara >  Ahli PERANTAU Perlu Terus Kekalkan Perpaduan Sedia Ada – Datuk Talib
0 Comments

RABU, 2 FEBRUARI 2022

TATAU: Setiap ahli di dalam Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) perlu mengekalkan perpaduan yang sedia ada demi mengekalkan toleransi dalam komuniti Tatau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, ini penting supaya suasana dalam PERANTAU sentiasa berada dalam kesatuan. 

“Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa PERANTAU yang baharu dilantik pada mesyuarat agung yang lalu.

“Teruskan berkhidmat untuk masyarakat dan mengekalkan perpaduan serta toleransi dalam komuniti Tatau,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penghargaan Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) bersama Ahli-ahli PERANTAU 2022 di Dewan Serbaguna Pusat Islam Daerah Tatau pada Isnin. 

Beliau turut berpesan bahawa penggunaan media sosial sebagai tempat penyebaran maklumat dan fakta perlu dikongsi dan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Penggunaan media sosial perlu digunakan secara positif agar sebarang masalah dan pertikaian sesuatu isu dapat diselesaikan dengan baik bersama agensi-agensi kerajaan,” pesannya. 

Terdahulu Pengerusi PERANTAU Datu Dr Adi Badiozaman Tuah meminta Ahli Jawatankuasa PERANTAU merangka satu ‘masterplan’ yang boleh membangunkan potensi masyarakat di Daerah Tatau. 

Hadir sama Pengerusi PERANTAU Mohammad Rizal Julaihi, wakil Pegawai Daerah Tatau Winnie Dian, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tatau Jankey Jikat dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Monalisa Miskun.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *