Penguatkuasaan MBM Periksa 626 Premis Dalam Pemantauan Pematuhan SOP PPN Fasa 4

UKAS  > Edisi-Utara >  Penguatkuasaan MBM Periksa 626 Premis Dalam Pemantauan Pematuhan SOP PPN Fasa 4
0 Comments

AHAD, 6 FEBRUARI 2022

MIRI: Pasukan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah melakukan operasi Pemantauan Pematuhuan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di Miri pada Sabtu.

Seramai 21 orang penguatkuasa MBM telah menjalankan operasi dan memeriksa 626 premis perniagaan bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. 

Antara yang diperiksa ialah 28 pasaraya, 455 premis makanan, 70 penjaja, 13 pusat penjaja dan 60 premis lain-lain. 

Menurut pasukan Penguatkuasa MBM, pemantauan ini dilakukan setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan masyarakat di Bandaraya Miri mematuhi aspek pencegahan SOP PPN Fasa 4 COVID-19.

Turut menyertai operasi ini ialah anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Miri.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *