ADUN Mulu Lawat PPV Daerah Marudi, Agih Geran Dan Lawat Tapak Projek Pembangunan

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Mulu Lawat PPV Daerah Marudi, Agih Geran Dan Lawat Tapak Projek Pembangunan
0 Comments

RABU, 9 FEBRUARI 2022

MARUDI: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Marudi sempena Program Imunisasi Kanak-kanak (PICKids) berumur 5 hingga 12 tahun ke bawah pada Isnin.

Kunjungan itu bagi menyaksikan seramai 180 orang pelajar dari empat buah sekolah rendah mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Sejurus selepas itu, Dato’ Gerawat kemudiannya melakukan lawatan kerja ke kawasan Puyut Lubuk Nibong.

Semasa berucap, beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan pengundi Daerah Mengundi Puyut dan Lubuk Nibong yang merupakan faktor utama kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak yang lepas.

Dalam lawatan ini juga, Dato Gerawat turut menyumbang geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Sigan, RM5,000 kepada Serakup Indu Dayak Sarawak Unit Rumah Sigan dan RM3,000 kepada setiap enam buah keluarga yang mendirikan rumah baru.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke dua lokasi berbeza bagi meninjau projek-projek yang sedang dilaksanakan iaitu ke Rumah Telajan bagi melihat sendiri projek pembinaan longkang di belakang rumah Telajan Subgai Brit yang telah siap sepenuhnya dan penyerahan projek tersebut.

Projek yang bermula pada 15 Oktober 2021 itu merupakan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi melengkapkan fasa satu iaitu pembinaan longkang di bahagian belakang rumah panjang ini sepanjang 110 meter.

Setelah itu, Dato’ Gerawat meninjau Projek Rakyat yang terletak di Sungai Puyut iaitu pembinaan Jalan Marudi Long Terawan Fasa 1 dan dibawa meninjau sendiri kerja-kerja pembinaan jalan itu.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *