155 Murid Divaksinasi Menerusi PICKids Zon Sebuyau

UKAS  > Edisi-Selatan >  155 Murid Divaksinasi Menerusi PICKids Zon Sebuyau
0 Comments

10 FEBRUARI 2022

SEBUYAU: Seramai 155 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu divaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Zon Sebuyau di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah berkenaan pada Khamis.

Pegawai Menguasa Klinik Kesihatan Sebuyau, Dr Concelia Bong berkata, pembukaan PPV di sekolah akan memudahkan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi.

Menurutnya, PICKids telah diadakan secara berperingkat bermula 7 sehingga 17 Februari 2022.

“Kesemua murid ditemani ibu bapa dan proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa yang ditemui memberitahu, vaksinasi penting bagi memastikan kanak-kanak selamat daripada jangkitan COVID-19 sekaligus mengekang penularan varian baharu. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *