Dato’ Idris Buang Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak

UKAS  > Edisi-Utama >  Dato’ Idris Buang Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak
0 Comments

JUMAAT, 11 FEBRUARI 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu di Astana Negeri Sarawak pada Jumaat.

Dato’ Idris Buang menggantikan Dato’ Gerawat Gala yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pemantauan Buruh, Imigresen Dan Projek).

Majlis istiadat angkat sumpah tersebut telah dilakukan di hadapan Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Istiadat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg; Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato’ Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin dan tetamu kehormat yang lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *