Ketua Menteri Solat Jumaat Di Masjid Darul Iman Kampung Gumpey Gedong

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ketua Menteri Solat Jumaat Di Masjid Darul Iman Kampung Gumpey Gedong
0 Comments

JUMAAT, 11 FEBRUARI 2022

GEDONG: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Iman Kampung Gumpey sambil beramah mesra dengan para jemaah di masjid berkenaan.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong telah mendengar taklimat dari Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Samarahan mengenai keadaan semasa masjid tersebut di bawah pengendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan.

Dalam masa sama, beliau juga mengambil maklum cadangan bagi tapak tambahan untuk masjid tersebut.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkesempatan singgah makan tengah hari di Gerai Mi Udang Gumpey sebelum berangkat ke Kuching.

Turut bersama beliau, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato’ Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Mantan ADUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu dan Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *