Pemasangan Pembetung Sebagai Laluan Sementara Sehingga Jambatan Baharu Lorong 15 Kampung Gayu Siap Dibina

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pemasangan Pembetung Sebagai Laluan Sementara Sehingga Jambatan Baharu Lorong 15 Kampung Gayu Siap Dibina
0 Comments

SABTU, 12 FEBRUARI 2022

PADAWAN: Kejadian banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang disebabkan hujan lebat pada Rabu telah mengakibatkan kerosakan jambatan yang terletak di Lorong 15 Kampung Gayu.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Daerah Serian (MDS) telah menjalankan kerja-kerja pemasangan pembetung sebagai laluan sementara untuk kemudahan penduduk yang terjejas, sehingga pembinaan semula jambatan baharu siap dilaksanakan.

Menurut Ketua Kampung Gayu, John Nubun Madir, selain kerosakan jambatan, dua buah rumah penduduk termasuk Dewan Serbaguna kampung tersebut juga turut dimasuki air.

Walaubagaimanapun, keadaan masih terkawal dengan pemantauan daripada Anggota Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Serian (MDS), Cahya Mata Sarawak (CMS) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok yang sentiasa bersedia untuk membantu pada bila-bila masa.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *