Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Bantu Belia Di Lawas Dapatkan Lesen Dengan Mudah Dan Selamat

UKAS  > Edisi-Utara >  Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Bantu Belia Di Lawas Dapatkan Lesen Dengan Mudah Dan Selamat
0 Comments

ISNIN, 21 FEBRUARI 2022

LAWAS: Satu ceramah khas berkaitan Keselamatan Jalan Raya Keluarga Malaysia telah diadakan anjuran bersama Kementerian Pangangkutan Malaysia dan Pusat Khidmat Parlimen Lawas. 

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato’ Henry Sum Agong, ianya diadakan bagi memudahkan belia di daerah Lawas mendapatkan lesen memandu motosikal dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan peraturan jalan raya. 

“Program ini diadakan bagi memberi keutamaan berkenaan dengan keselamatan semasa di jalan raya. 

“Mereka perlulah hadir untuk mendengar taklimat serta ujian lisan ringkas supaya sedikit sebanyak berkongsi ilmu berhubung keselamatan jalan raya.

Katanya semasa berucap dalam Program Bantuan Lesen Memandu  Keluarga Malaysia (PBLMKM) di Dewan Gelangang Badminton  Gaya pada Sabtu. 

Seramai 771 peserta telah mengikuti kursus ini dengan setiap peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 dengan menghadiri kursus singkat berbanding kos sebenar yang berjumlah RM750 seorang. 

Ini merupakan keprihatinan kerajaan kepada belia-belia dalam memudahkan mereka mendapat lesen denngan murah dan selamat. 

Turut sama hadir Ketua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lawas, Institut Latihan Memandu Lawas dan staf JPJ Daerah Lawas.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *