Penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah Buka Peluang Kepada Pengusaha Tempatan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah Buka Peluang Kepada Pengusaha Tempatan
0 Comments

JUMAAT, 25 FEBRUARI 2022

PUSA: Kerajaan Sarawak serius untuk mengembangkan industri nipah dan sagu dengan menubuhkan Lembaga Sagu dan Nipah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor, penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah akan memberi peluang yang sangat besar kepada pengusaha industri itu di kawasan itu.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wanita dan pemuda di Dewan Al Amin Beladin, Pusa pada Khamis.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau turut menegaskan bahawa setiap pemimpin di akar umbi seharusnya berperanan untuk menangkis tohmahan di media sosial serta memberi penerangan kepada rakyat mengenai projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Perjumpaan tersebut juga bertujuan membincangkan mengenai pelbagai perkara dan isu di kawasan tersebut. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *