SFC Bintulu Selamatkan Buaya Betina Di Sarawak Petchem

UKAS  > Edisi-Utara >  SFC Bintulu Selamatkan Buaya Betina Di Sarawak Petchem
0 Comments

JUMAAT, 25 FEBRUARI 2022

BINTULU: Tindakan pantas pasukan Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bintulu membawa kepada penyelamatan seekor buaya betina sepanjang 15 kaki di Sarawak Petchem Sdn Bhd pada Khamis.

Menurut SFC dalam satu kenyataannya, kehadiran buaya itu telah dilaporkan Sarawak Petchem Sdn Bhd, apabila dikesan berada di sekitar tebing sungai berhampiran tapak pembinaan.

“SFC Bintulu telah menjalankan kerja-kerja menyelamat serta pelan pemindahan buaya tersebut sejak Januari 2022.

“Pemindahan buaya ini adalah untuk memastikan keselamatan pekerja Sarawak Petchem di kawasan sekitar,” jelasnya.

Buaya tersebut telah diserahkan kepada Taman Tumbina untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, SFC turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja ini.

“Terima kasih kepada Sarawak Petchem Sdn Bhd atas sokongan mereka sepanjang proses menyelamat dan pemindahan buaya betina tersebut serta Taman Tumbina atas bantuan mereka dalam menangani dan menjaga buaya itu,” ujarnya.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *