49 Sekolah Rendah Dan Menengah Di Sarikei Terima Anugerah

UKAS  > Edisi-Tengah >  49 Sekolah Rendah Dan Menengah Di Sarikei Terima Anugerah
0 Comments

ISNIN, 28 FEBRUARI 2022

SIBU: Sebanyak 49 buah sekolah rendah dan sekolah menengah telah menerima anugerah dalam Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei tahun 2021 anjuran PPD Sarikei.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, majlis tersebut bertujuan bagi memberi pengiktirafan atas sumbangan serta dedikasi anggota perkhidmatan awam yang terdiri daripada para guru, para pegawai dan anggota kakitangan sokongan Jabatan Pendidikan Daerah Sarikei.

“Perkara ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia seterusnya mendukung hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015 (PPPM 2013 -2025),” katanya semasa berucap dalam Majlis Apresiasi sekaligus meraikan Majlis Gong Xi Fa Chai bagi tahun 2022 di Kingwood Hotel, Pekan Sibu pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, bidang pendidikan amat penting dalam melahirkan generasi akan datang dalam membangunkan dan memajukan masyarakat dan negara.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Lau Ngie Tung berkata, majlis tersebut membawa makna yang besar kepada semua sektor pendidikan di Sarikei.

Selain itu, beliau amat menghargai sumbangan dan bantuan yang disalurkan oleh ADUN Repok selama ini.

Pada majlis tersebut, Dato Sri Huang juga telah menyumbang RM10,000 kepada PPD Sarikei bagi kegunaan aktiviti tahunan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *