ADUN Mambong Saksi Serah Tapak Projek RTP Bina Baru Dewan Serbaguna Kampung Prutan

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Mambong Saksi Serah Tapak Projek RTP Bina Baru Dewan Serbaguna Kampung Prutan
0 Comments

ISNIN, 28 FEBRUARI 2022

SIBURAN: Menteri Muda Pengangkutan 1 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil telah menyaksikan penyerahan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) membina baru Dewan Serbaguna Kampung Prutan.

Penyerahan disempurnakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian kepada pihak  kontraktor, Laima Enterprise bertempat di Dewan Gereja Kampung Prutan pada Jumaat.

Semasa berucap, Datuk Dr Jerip memaklumkan beliau telah meluluskan satu projek tambahan berjumlah RM150,000 di bawah RTP tahun 2022 iaitu menaik taraf jalan menuju ke dewan serbaguna tersebut.

Katanya, projek itu akan mengambil masa selama enam bulan dan dijangka siap pada Ogos depan.

Justeru,  beliau menyeru penduduk kampung untuk memberi kerjasama dengan pihak kontraktor supaya projek tersebut dapat siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Siburan, Ranum Bari dan wakil Jurutera JKR Bahagian Serian, Martina Aisan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *