Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Hidupkan Kembali Sukan Go-Kart

UKAS  > Edisi-Utara >  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Hidupkan Kembali Sukan Go-Kart
0 Comments

ISNIN, 28 FEBRUARI 2022

MIRI: Telah lama kursus sukan go-kart tidak diadakan di Sarawak dan penganjuran ini sangat dinantikan belia yang berminat dalam sukan ini. 

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau berkata, penganjuran kursus ini pastinya akan memberikan semangat baru kepada belia di negeri ini untuk menghidupkan dan meneruskan minat dalam sukan go-kart. 

“Kita akan sedaya upaya mengadakan kursus-kursus yang lain pada tahap yang lebih tinggi. 

“Kursus ini adalah asas go-kart dan kita akan cuba usahakan supaya suatu hari nanti diadakan kursus pada tahap yang lebih tinggi kepada peminat-peminat go-kart di Sarawak,” katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Penutupan Program MyFIT@Motorsports 2021: Kursus Asas Go-Kart Bahagian Miri di Litar Go-Kart Permyjaya Miri pada Sabtu. 

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia mengikuti Kursus Asas Go-Kart Bahagian Miri. 

Tambah Lamat lagi, kursus ini akan diperluaskan ke seluruh bahagian di Sarawak bagi membolehkan belia yang berminat menceburi sukan go-kart.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *