Pelbagai Kursus Dianjurkan Dalam Membantu Pengusaha Kecil

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pelbagai Kursus Dianjurkan Dalam Membantu Pengusaha Kecil
0 Comments

AHAD, 6 MAC 2022

KUCHING: Seramai 10 orang pengusaha kecil yang berasal dari Kampung Buntal dan kampung-kampung berhampiran telah menyertai Kursus Membuat Banner Perniagaan menggunakan Software Adobe Photoshop.

Kursus tersebut adalah anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) Buntal dan Pihak Berkuasa Kemajuan Perkebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Objektif utama kursus adalah membantu perusaha kecil di kampung membina satu tarikan menggunakan gambar dan banner bagi mempromosi jualan mereka sama ada di kampung-kampung mahupun di dalam media sosial.

Selain daripada itu, pelbagai kursus lain juga turut disediakan seperti kursus masakan, kursus pemerkasaan media siber dan lain-lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *