Naik Taraf Jalan Pesisir Di Kampung Beladin Giat Dilaksanakan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Naik Taraf Jalan Pesisir Di Kampung Beladin Giat Dilaksanakan
0 Comments

SELASA, 8 MAC 2022

BETING MARO: Projek menaiktaraf jalan pesisir daripada Kampung Beladin sehingga Tanjung Lilin, Pangkalan Feri Batang Saribas sedang giat dijalankan.

Projek tersebut merupakan usaha Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyediakan infrastruktur asas yang baik kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Ia memandangkan jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk di sekitar Daerah Pusa untuk ke bandar Kuching, Kota Semarahan, Sibu dan Miri.

Apabila siap kelak, jalan pesisir ini akan memberi impak positif serta merancakan ekonomi penduduk di sekitar Daerah Pusa kerana ia menghubungkan tiga jambatan iaitu Jambatan Batang Lupar, Jambatan Saribas 2 (Kampung Spinang) dan Jambatan Batang Saribas (Tanjung Lilin Beladin-Pusa).

Sehubungan itu, penduduk di sekitar Pusa juga diingatkan supaya berhati hati mengguna jalan tersebut kerana kerja-kerja menaiktraf sedang rancak dijalankan.

Penduduk di sekitar Daerah Pusa juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan keperluan masyarakat luar bandar dengan menaiktraf jalan tersebut. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *