Usaha Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Membolehkan Masyarakat Luar Bandar Menikmati Taraf Hidup Yang Lebih Baik

UKAS  > Edisi-Tengah >  Usaha Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Membolehkan Masyarakat Luar Bandar Menikmati Taraf Hidup Yang Lebih Baik
0 Comments

RABU, 9 MAC 2022

BETONG: Usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan sosial adalah untuk membolehkan masyarakat di kawasan luar bandar menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan I (Pembangunan Belia dan Sukan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu, menyaksikan penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) pada Isnin kepada Tr. Baba Owen dari Rumah Panjang Pasa Baroh oleh kontraktor yang telah menyiapkan pembinaan jalan dan pondok serbaguna ke tanah perkuburan mereka.

Selanjutnya pada hari yang sama, beliau turut hadir menyaksikan penyerahan projek pembinaan jalan baharu Rumah Panjang Nanga Ban, Betong kepada Tr Morris Ketit dan penyerahan projek menyimen jalan kampong dari rumah ke rumah bersama Ketua Kampong Abdul Samad dari Kpg Melayu Pasa.

Bagi kedua -dua projek tersebut dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong sebagai agensi pelaksana.

Projek pembangunan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan inisiatif penting dilaksanakan kerajaan Sarawak dalam melengkapkan kawasan luar bandar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur untuk rakyat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *