FORUM Terima MRP Berjumlah RM145,000

UKAS  > Edisi-Utara >  FORUM Terima MRP Berjumlah RM145,000
0 Comments

ISNIN, 4 APRIL 2022

MIRI: Persekutuan Persatuan Orang Ulu (FORUM) menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) yang berjumlah RM145,000.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Gerawat Gala berkata, geran tersebut adalah sebagai tanda sokongan terhadap program dan aktiviti FORUM yang berfokus kepada penyatuan dan pembangunan kaum Orang Ulu.

“Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai pemimpin kanan kita dalam Kerajaan dan pemimpin Agung Kaum Dayak dalam Kerajaan sentiasa menyokong penuh program dan aktiviti FORUM yang berfokus kepada penyatuan dan pembangunan kaum Kaum orang Ulu.

“Oleh itu, Datuk Amar Douglas Uggah menyumbangkan peruntukan geran MRP untuk FORUM berjumlah RM 50,000.

“Wakil Rakyat Orang Ulu kita juga turut bersama menyokong usaha dan aktiviti FORUM dengan peruntukan geran MRP masing- masing untuk FORUM,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Ugah Embas dalam Majlis Makan Malam Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-8 Persekutuan Persatuan Orang Ulu (FORUM) di Hotel Meritz, Miri pada Sabtu.

Dato Gerawat juga menambah, masyarakat Orang Ulu juga memberikan sokongan penuh terhadap rancangan Kerajaan untuk membina Jalan Keselamatan Sempadan.

“Bagi kita Orang Ulu yang banyak terdapat di kawasan- kawasan pedalaman di Ulu Sungei berdekatan sempadan Kalimantan, kita menyokong penuh rancangan Kerajaan untuk membina Jalan Keselamatan Sempadan.

“Kita sangat mengharapkan jalan keselamatan sempadan ini akan jadi kenyataan kerana jalan ini pasti akan membuka banyak peluang untuk masyarakat-masyarakat pendalaman yang berdekatan dengan Sempadan Sarawak-Kalimantan.

Ujarnya, pembinaan Jalan Keselamatan Sempadan dan pembentukan serta naik taraf pos-pos kawalan sempadan di tempat-tempat strategik di sempadan Kalimantan adalah sangat perlu.

“Ini memandangkan perkembangan terkini yang sedang berlaku di Kalimantan dimana ibu kota Indonesia baru iaitu Nusantara sudah dilancarkan oleh Presiden Jokowi,”jelasnya.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *