Projek Pembinaan Tadika di Jemukan Terlaksana

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Pembinaan Tadika di Jemukan Terlaksana
0 Comments

RABU, 6 APRIL 2022

SADONG JAYA: Projek Pembinaan Tadika di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Jemukan sudahpun siap.

Tadika ini akan membolehkan kanak-kanak di Kampung Jemukan dan sekitarnya belajar sekaligus meningkatkan tahap pendidikan kanak-kanak di kawasan luar bandar.

Sementara itu, penduduk Kampung Jemukan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Menteri Muda Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan 1 Sadong Jaya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SadongJaya Ir Aidel Lariwoo di atas keprihatinannya terhadap pendidikan kanak-kanak tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Projek pembinaan tersebut telah dilaksanakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jemukan Cina mengikut perancangan dan spesifikasi sesuai dengan keperluan dan persetujuan penduduk dan pentadbir sekolah.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *