KMKK Di DUN Ngemah Diseru Terus Sokong Polisi Kerajaan GPS

UKAS  > Edisi-Tengah >  KMKK Di DUN Ngemah Diseru Terus Sokong Polisi Kerajaan GPS
0 Comments

KHAMIS, 7 APRIL 2022

KANOWIT: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah diseru agar terus menyokong polisi kerajaan semasa iaitu Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana turut menggesa KMKK agar menjalankan tugas mereka dengan baik kerana penilaian prestasi mereka sentiasa dipantau oleh Pejabat Daerah Kanowit.

Beliau dalam pada itu mengucapkan tahniah di atas pelantikan 64 KMKK termasuk 9 muka baru.

Berucap semasa Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Ngemah di Dewan Pejabat Daerah Kanowit pada Rabu, Anyi memberitahu terdapat 27 projek baru telah dirancang untuk dibangunkan di konstituensi itu.

Ia susulan Bengkel Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di Sibu pada 28 hingga 30 Mac 2022, kata Anyi.

Jelasnya, pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) juga akan mendirikan lima pencawang baru dalam masa terdekat bagi meningkatkan capaian telekomunikasi di Ngemah.

Selain itu, turut dicadangkan kepada Jabatan Pertanian Kanowit projek ternakan ikan di dalam sangkar di kawasan Lepong Ngemah bagi meningkatkan pendapatan penduduk.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Lalai memaklumkan penyerahan sijil lantikan tersebut membabitkan 64 individu terdiri daripada tiga Ketua Masyarakat, 52 Ketua Kaum yang dilanjutkan perkhidmatan dan sembilan Ketua Kaum yang baru dilantik bagi kawasan DUN Ngemah. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *